Thursday, March 18, 2010

Group di Facebook.

Baru-baru ini, ada wujud satu group ditubuhkan di Facebook yang menentang wartawan hiburan di Malaysia. Nama group tersebut ialah All Entertainment Reporters In Malaysia S**ks. Aku pun saja je la join group ni. Aku tengok juga komen-komen yang dihantar oleh ahli-ahli lain group ni. Sebahagian besar komen yang dihantar menyokong penuh kewujudan group ni. Antara alasan mereka ialah wartawan selalu menjatuhkan maruah artis, maka, apa salahnya jika kita pula sesekali menjatuhkan maruah mereka.

Aku selalu juga layan rancangan Melodi dan Terjah yang berunsurkan gosip artis ini. Aku tengok pun cara wartawan approach artis pun tidak dengan cara yang sepatutnya. Soalan yang ditanyakan pun jangan cerita lah, provokasi habis. Ye la, selalu kita dengar kat dada-dada akhbar artis tu sombong lah, artis ini biadab dengan wartawan lah dan macam-macam lagi tohmahan. Tapi, kita tak terfikir ke kenapa sebahagian artis tersebut bersikap sedemikian? Mungkin soalan yang ditanya itu bersifat peribadi, mungkin artis tersebut dipaksa oleh wartawan untuk menjawab soalan mereka, mungkin...., mungkin.....banyak sangat kemungkinannya.

Aku cakap ni bukan hanya ditujukan kepada pihak wartawan sahaja, malah semua orang. Bayangkan kalau seseorang approach anda dan tanya soalan-soalan yang bersifat peribadi. Orang yang normal sudah tentu tidak akan jawab soalan seperti itu. Sudah lah begitu, apa yang aku tengok menerusi link yang diberikan oleh ahli-ahli group ni, kebanyakan wartawan ini lebih bersikap melampau dengan mengganggu perjalanan artis hanya semata-mata untuk mengorek maklumat.

Haa..sekarang ini, kita pula nak bersuara untuk menegur wartawan sebegini, tetapi mereka pula melenting dengan kita. Haii, kalau dah selalu hentam orang, takkan orang tak boleh hentam kamu pula kan, tidak adil lah macam tu. Buka mata, buka minda, terima teguran.

P/s : Saja je tulis nak penuhkan masa lapang~~

Sunday, March 14, 2010

Kita Gaduh, Kita Rugi.

Aku terpanggil untuk tulis pasal apa yang selalunya berlaku ke atas kita sekarang ini, khususnya bangsa melayu dan beragama Islam. Kita selalu terdengar di berita tentang perebutan jawatan ataupun kuasa yang melibatkan dua "orang besar". Kadang-kadang, sehingga sampai ke satu tahap yang boleh mencetuskan huru-hara di seluruh negara. Pada masa yang sama, ketegangan antara kaum juga sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu dengan memainkan isu-isu sensitif. Sedarkah kita bahawa semua pergolakan ini hanya akan merugikan diri kita sendiri, dan, pihak yang untung hanya orang luar atau orang asing yang sudah sedia maklum sentiasa mencemburui kedamaian dan kerukunan di antara kaum di Malaysia ini.

Selalunya, pergolakan yang tercetus hanya disebabkan oleh perkara-perkara yang kecil sahaja, ataupun perkara-perkara yang dianggap remeh dalam pandangan orang dewasa. Tetapi, ada pihak-pihak tertentu yang bertindak menjadi "amplifier" dengan membesar-besarkan hal yang kecil tadi. Tidak kurang juga ada di antara individu yang menjadi batu api ataupun pengadu domba bagi melaga-lagakan dua pihak. Inikah yang kita mahu?Inikah yang kita impikan dalam sebuah negara yang aman damai?

Kita ambil iktibar daripada kisah jiran tetangga kita iaitu Thailand. Warga Thailand tidak lama dahulu telah terpecah kepada dua golongan iaitu golongan yang pro-Thaksin dan golongan yang anti-Thaksin. Sebagaimana yang kebanyakan dari kita tahu, Thaksin Shinawatra merupakan bekas perdana menteri Thailand yang telah dibuang negara atas kesalahan memiliki harta secara haram. Maka, Apabila Thaksin telah dihukum sebegitu, maka, golongan pro-Thaksin ini telah bertindak menawan lapangan terbang Suvarnabhumi iaitu pintu masuk udara yang utama di Thailand. Selain itu, golongan anti-Thaksin juga ada melancarkan tunjuk perasaan di jalan-jalan utama di Thailand. Kedaan sebegini telah melumpuhkan sama sekali kegiatan ekonomi Thailand.

Dari segi sejarah pula, kita telah melihat bagaimana Kesultanan Melaka tumbang di tangan Portugis hanya disebabkan pergolakan dalaman di antara pembesar Melaka yang merebut seorang perempuan (aku dah tak ingat apa nama perempuan tu sebab dah lama tinggalkan subjek ni). Selain itu, kerajaan Islam terakhir iaitu kerajaan Uthmaniah juga tumbang disebabkan perkara yang sama.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia, adakah kita inginkan perkara sebegini terjadi di sini? Di asia tenggara, hanya kita dan Singapura sahaja yang masih lagi aman dan tiada pergolakan yang serius. Hal ini sentiasa dicemburui oleh pihak luar yang sentiasa menunggu peluang untuk merampas kedamaian yang kita kecapi sekian lama. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, March 13, 2010

Don`t Speak by Steve Siu.



Video ni aku terjumpa secara tidak sengaja dalam laman YouTube.com. Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan No Doubt pada sekitar tahun 1992-1993. Aku memang suka lagu ni kerana mempunyai nilai-nilai nostalgia yang tinggi, selain melodi pianonya yang mengasyikkan. Layan~

Friday, March 12, 2010

Kalau dah budak-budak tu, Budak-budaklah juga.

Aku nak tergelak bila aku baca komen atau respons yang dihantar oleh anonymus kepada post-post aku dalam blog ni. Kebanyakan daripada mereka hanya tahu mencarut, memaki atau menyumpah2 apa yang aku tulis. Basically, aku tak ambil pot pun apa yang diorang cakap ni. Cuma aku hairan lah, kenapa orang yang berpendidikan tinggi macam segelintir daripada mereka ini mempunyai mentaliti seperti budak tujuh tahun? Kadangkala, hal yang pada asalnya hanyalah hal yang kecil dan boleh diselesaikan secara aman, bertukar menjadi besar.

Satu lagi, apa yang aku tulis dalam blog ni, hanyalah pandangan aku dan pendapat peribadi aku. Aku juga terkejut kerana segelintir daripada mereka ini yang kononnya berpendidikan tinggi, hanya tahu menyumpah-nyumpah dan memaki apa yang aku tulis. Bukanlah aku katakan yang apa yang aku tulis ni perfect, tapi, kalau anda semua ni ada pendapat yang lebih baik atau bernas, respon lah dengan cara seperti manusia dewasa, bukan budak-budak. Entahla, aku sendiri pun tak faham dengan sikap mereka ini.

Come on lah, korang semua dah besar, dah matang, ada di antara anda juga yang dah nak jadi suami orang atau bapak orang dah pun, kalau macam ni lah sikap korang semua, macam mana? Aku nak cakap lebih-lebih pun, takut nanti ada di antara anda yang amat-amatlah cetek pemikirannya cepat melenting, kononnya post aku ini ditujukan hanya untuk anda. So, tuhan dah bagi akal fikiran, guna. Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri".

P/S : At least, blog aku popular la juga kan~

Tuesday, March 9, 2010

Lelaki Tempatan vs Warga Asing.

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar berita yang melaporkan tentang anak dara yang lari dari keluarga untuk berkahwin dengan lelaki asing. Tidak ketinggalan juga ada di kalangan artis (biasanya perempuan) yang lebih cenderung untuk memilih pasangan dari kalangan warga asing. Ada di antara mereka juga sanggup membelakangi keluarga demi mengejar kebahagiaan bersama kekasih mereka. Persoalannya, mengapakah hal sebegini terjadi? Apa, adakah jejaka tempatan mempunyai terlalu banyak kekurangan jika hendak dibandingkan dengan jejaka warga asing sebegini? Berdasarkan survey dan beberapa majalah yang aku telah baca, aku akan menggariskan apa kelebihan yang ada kepada lelaki warga asing yang tiada kepada lelaki seperti kita (warga tempatan).

Pertama sekali, lelaki warga asing biasanya lebih romantik daripada lelaki tempatan. Dengan erti kata lain, mereka tahu cara untuk mengambil hati wanita. Bayangkanlah, jika tibanya hari jadi kekasih wanita mereka, mereka sanggup berhabis untuk membeli hadiah-hadiah yang istimewa. Ada juga yang sanggup menempah restoran yang agak mahal untuk makan bersama. Hati mana yang tak cair kan, jika hari jadi mereka diraikan dengan sebegini rupa. Ini baru hari jadi, belum lagi masuk hari ulang tahun couple, Valentine`s Day (diingatkan untuk orang Islam bahawa Valentine`s Day adalah haram untuk disambut), dan lain-lain lagi. Tambahan pula, berdasarkan apa yang aku baca dari sebuah majalah terkemuka, jejaka warga asing ini pandai berkata-kata. Maksud dia di sini ialah, lelaki warga asing ini mudah mengeluarkan kata-kata yang berunsur romantis dan memikat. Dan sifat semulajadi kebanyakan para wanita, mereka akan mudah jatuh hati dengan ayat-ayat cinta sebegini.

Sebab yang kedua, jejaka warga asing ini lebih bersikap "gentelman"(budiman). Aku selalu melihat drama-drama atau movie dari Barat yang memeparkan tentang budimannya lelaki asing yang tidak rela melihat wanita melakukan kerja-kerja yang berat seperti mengangkat luggage yang banyak di lapangan terbang. Selalunya, mereka akan menawarkan bantuan kepada para wanita untuk meringankan beban yang mereka tanggung. Lelaki tempatan juga ada yang bersikap sebegini tetapi amat jarang sekali dijumpai. Selalunya, lelaki warga tempatan ini (kebanyakan, bukan semua ok) lebih suka jika para wanita yang melakukan kerja-kerja yang sepatutnya mereka lakukan. Selain itu, lelaki warga asing ini juga tidak memukul perempuan. Anda tahu maksud saya? Walaupun kekasih mereka melakukan kesalahan, mereka tidak sekali-kali akan memukul pasangannya itu malah memarahinya dengan cara yang berhemah. Kita tengok sahajalah kes yang melibatkan salah seorang pelakon lelaki tempatan iaitu Syamsul Yusuf telah memukul Diana Danielle hanya kerana dikatakan Syamsul amat cemburu dengan Diana. Anda nilai sendirilah macam mana.

Sebab yang terakhir, sudah tentu lelaki warga asing ini lagi "loaded" daripada kebanyakan lelaki tempatan. Dan adalah menjadi resam kebanyakan kaum perempuan mudah tertarik dengan duit. Maka, apa sahaja kemahuan material yang diidamkan oleh kaum wanita, mudah ditunaikan oleh jejaka warga asing ini.

Apa yang aku katakan di atas ini tidak sama sekali melibatkan keseluruhan kaum wanita ataupun keseluruhan warga asing. Ada juga lelaki warga asing ini yang tidak berperangai seperti yang saya sebutkan di atas ini. Ada juga di antara mereka yang hanya menunjukkan sikap romantis semata-mata untuk memikat wanita tempatan untuk memenuhi agenda tersembunyi mereka. Kita selalu terdengar kes-kes yang melibatkan wanita tempatan yang terkandas di lapangan terbang kerana disyaki menjadi "drug trafficker". Alasan yang digunakan oleh wanita warga tempatan ini biasanya mereka dijanjikan pulangan yang lumayan oleh TEMAN LELAKI warga asing ini.

Jadi, aku nak nasihatkan anda, terutamanya kaum wanita, walaupun banyak kelebihan lelaki warga asing berbanding warga tempatan, anda harus berhati-hati dengan sikap romantis yang ditunjukkan mereka. Perasaan syak wasangka juga perlu ada. Jangan cinta dengan menggunakan hati, tetapi menggunakan otak dan akal fikiran yang telah dianugerahkan oleh Sang Pencipta. Guna common sense.

Monday, March 8, 2010

Doa Untuk DIA.

Bila ada masalah, biasanya kita akan mencari seseorang yang boleh dipercayai seperti kawan baik ataupun keluarga untuk menceritakan semua masalah. Tetapi, ada satu lagi cara yang mungkin terlepas pandang oleh kebanyakan daripada kita (termasuk aku) iaitu kita ceritakan kepada Pencipta kita.

Hal ini kerana, Dia lah yang mencipta kita, hanya Dia jugalah yang tahu segala kelemahan kita, apa yang kita fikirkan, apa yang kita risaukan. Analoginya seperti begini, katakan kita adalah seorang jurutera, maka, kerja kita adalah merekabentuk sebuah robot contohnya. Jika kita yang mereka robot tersebut, sudah tentu hanya kita yang tahu selok belok dalaman robot tersebut bukan? Selain itu, jika robot tersebut mempunyai masalah, kita sebagai pencipta robot itu juga yang tahu apa masalahnya dan cara untuk selesaikan masalah tersebut.

Begitu jugalah dengan Dia. Dia yang mencipta kita, maka, hanya Dia sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita, dan yang paling bagus, Dia tahu macam mana nak setel masalah kita tersebut. Baru-baru ini, aku mengalami pergolakan jiwa yang agak teruk kerana sedang dalam proses untuk mendapatkan kembali cinta daripada bekas teman wanita aku yang telah lama hilang. Dalam proses itu, aku selalu mempunyai syak wasangka terhadap si dia seperti "Bagaimana kalau dia berbaik semula dengan BF dia sekarang ini", "Dia dah lama tidak SMS aku, mesti dia sedang SMS dengan orang yang lebih penting dari aku sekarang" dan bermacam lagi lah.

Akibat daripada itu, aku hampir mengalami kemurungan dan hamoir menjejaskan persediaan aku untuk menghadapi ujian pertengahan semester baru-baru ini. Aku juga ada menceritakan masalah begini kepada rakan terdekat aku. Bukan hendak mengata, tetapi, aku seakan tidak puas menceritakan masalah aku kepada mereka. Ya, mereka adalah pendengar yang baik dan kadangkala mereka ada juga membuat sesuatu untuk menyedapkan hati aku dan aku amat menghargai usaha mereka, terima kasih. Namun, kadangkala, selepas mencurahkan segala masalah aku kepada mereka, pergolakan jiwa itu datang kembali.

Maka, aku mengambil langkah terakhir dengan menceritakan isi hati aku kepada Dia. Alhamdulillah, selepas itu, hati aku menjadi lebih tenang dan aku seakan-akan merasakan suatu kepuasan. Segala syak wasangka aku telah hilang sama sekali. Sekarang, aku nak fokus kepada projek Latihan Ilmiah aku tanpa perlu berfikir lagi tentang si dia yang ingin aku dapatkan itu. Lagipun, aku sudah berusaha sehabis baik untuk tujuan itu, maka aku hanya berserah kepada Dia. Jika jodoh aku dengan si dia sudah tertulis di Luh Mahfuz, maka, permudahkanlah urusan di antara aku dan dia dan jika sebaliknya, aku hanya meminta kepadaMu ya ALLAH, supaya jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang redha. Amin

Friday, March 5, 2010

Pointer VS Soft Skills.

Selalunya kalau dalam istilah "cemerlang", elemen yang amat-amat penting biasanya dijadikan kayu pengukur ialah pointer atau dalam bahasa kebanyakannya keputusan peperiksaan. Kalau anda itu seorang mahasiswa universiti, pelajar sekolah yang sedang mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), politeknik dan sebagainya sudah tentu mengetahui bahawa kesemua keputusan peperiksaan setiap semester akan dikira dalam bentuk gred atau pointer. Pointer yang paling tinggi adalah 4 manakala yang paling rendah adalah 0.

Yang sebenarnya, ada satu lagi elemen yang patut diberi pertimbangan yang tidak kurang beratnya dalam menilai kecemerlangan seseorang pelajar itu iaitu "kebolehan mereka bercakap".
Apa maksud kebolehan untuk bercakap ini? Maksud dia ialah kebolehan anda untuk berkomunikasi, berinteraksi ataupun berhadapan dengan orang di sekeliling anda.

Jangan terkejut kerana tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan sebegini. Selain ahli politik, pelajar yang pernah menyertai majlis perwakilan pelajar ataupun ketua kelas, tidak ramai pelajar yang ada kebolehan sebegini. Aku ada post status sebegini di ruangan Facebook ku, tetapi respon yang aku dapat daripada kawan-kawan aku semuanya negatif. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa kalau pointer 2.0 pun kalau cakap English fluent seperti matsalleh pun tak guna juga. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa pointer 4flat itu adalah sesuatu yang dibanggakan daripada tiada apa-apa.

Ya, bagi aku memang pointer yang tinggi itu sangat perlu terutamanya untuk mencari kerja dalam pelbagai bidang yang diingini. Tetapi sedarkah anda bahawa soft skills juga memainkan peranan yang amat penting bagi tujuan itu. Malah, ada segelintir syarikat yang hanya menetapkan syarat "Lancar bercakap dalam bahasa Inggeris" sebagai kriteria minimum tanpa menyatakan "Minimum CGPA mesti sekurang-kurangnya 3". Kenapa aku keluarkan kenyataan sebegini? Kita semua tahu, jika kita menceburi bidang pekerjaan, terutamanya pekerjaan yang memerlukan kita berjumpa atau berurusan dengan pelanggan seperti doktor, usahawan, jurutera dan peguam, sudah tentu skil komunikasi kita akan dipraktikkan sepenuhnya. Kadang-kadang, cara kita menyelesaikan sesuatu masalah, cara kita "convince" pelanggan untuk mempercayai kita dan sebagainya juga mempengaruhi tahap kecemerlangan kita.

Ada juga beberapa orang yang aku pernah jumpa, dari segi pointer, aku memang kalah la dengan dia, maklumlah, setiap semester "dean`s list" sahaja, tetapi dari segi cara mereka berkomunikasi, amatlah teruk. Malah, jikalau melihat cara mereka bercakap dengan kita, rasa macam nak bagi penampar sahaja kerna bahasa yang digunakan dalam percakapan itu kurang sesuai. Aku pun terfikir, "pointer mantap, tapi macam mana dia nak kerja nanti, time interview nanti konfem sangkut".

Aku tidaklah hebat sangat dalam soft skills ini. Tetapi, ada juga pujian yang aku dapat daripada rakan sekuliahku setiapkali selepas ku membuat pembentangan (presentation). Mereka mengatakan bahawa English ku sangat lancar dan fluent. Malah, disebabkan itu juga, aku pernah ditawarkan untuk belajar di Universiti Teknologi Petronas dalam bidang kejuruteraan Kimia selepas tamat sekolah menengah. Selain itu, aku juga pernah ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidan perubatan tajaan MARA di Indonesia, tetapi aku terpaksa tolak kerana aku tidak meminati bidang tersebut. Jika difikirkan kembali, keputusan SPM aku ketika sekolah dan pointer aku ketika matrikulasi dahulu hanyala 6A dan 3.45 setiap satu. Ramai lagi rakan-rakan aku yang memperoleh keputusan yang berkali ganda lagi bagus daripada aku, tetapi amat sedikit daripada mereka yang bernasib baik seperti aku. Ada yang menyambung pengajian di universiti swasta yang aku sendiri tidak pernah dengar nama kolej itu sebelum ini.

Begitu juga ketika hendak mencari kerja, soft skills itu amat penting kerana biasanya itulah benda yang pertama sekali dilihat oleh para penemuramah yang ingin mengambil kita bekerja. Malah, soft skills juga penting untuk kita memohon biasiswa bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinnggi.

Score - Soft skills 1 - Pointer 0 XD

Wednesday, March 3, 2010

Cinta Pun Perlukan Common Sense Juga.

Anda mesti pernah mendengar kata-kata seperti ini, "Aku sanggup menunggu kamu walau seribu tahun lamanya". Kelihatan seperti serangkap bait lirik oleh Imran Ajmain yeng bertajuk Seribu Tahun. Kalau nak difikirkan balik, sanggup ke seorang manusia yang normal untuk menunggu cinta dari seorang perempuan selama itu?

Konsep "menunggu dalam cinta ini" pada aku, memang amat tidak relevan sekali. Pertama sekali, aku nak bertanya kepada anda semua, sudah pasti kah anda akan mendapat cinta daripada si dia?Sudah pastikah anda bahawa si dia akan menjadi suami atau isteri anda? Bagaimanakah jika anda sudah tunggu punyalah lama, tetapi alih-alih, si dia sudah ada orang lain dalam hidupnya. Apa yang anda nak kata pada masa itu? Katakan anda tunggu kehadiran cinta daripada si dia selama tiga tahun (contoh), tiba-tiba, selepas tiga tahun, sudahlah anda tidak dapat menangkap cinta si dia, si dia pula sudah ada orang lain yang bertakhta di hatinya. Apa yang anda nak katakan pada masa itu? Tiga tahun masa hidup anda dibazirkan hanya untuk menunggu cinta yang tidak pasti daripada si dia. Aku pasti yang kebanyakan daripada anda ada kehidupan (life) sendiri, dan pada aku, aku tidak akan sesekali membazirkan masa hidup aku hanya untuk menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Selain itu, tidakkah anda terfikir betapa bodohnya anda jika dalam tempoh anda menunggu cinta si dia untuk kembali kepada anda, tiba-tiba datang cinta baru (new moon) yang mengharapkan cinta dari anda. Anda mungkin akan katakan "Aku setia hanya pada dia dan aku hanya mengharapkan cinta daripada dia sahaja" ataupun sesuatu yang seperti itu. Jika hanya seorang New Moon yang datang kepada anda, mungkin anda boleh menolaknya atas alasan setia. Bagaimana pula jika datang dua atau tiga New Moons yang mengharapkan cinta daripada anda? Dan anda pula sedang menunggu atau mengharapkan kehadiran cinta yang anda sendiri tidak pasti sampai ke tidak. Aku pasti, pada suatu masa nanti, anda pasti menyesal dan akan berkata "Kalaulah aku terima cinta dari si pollan dan tak tunggu untuk si polon itu, sudah pasti aku akan bahagia sekarang".

Jika si dia benar-benar cintakan anda, sudah pasti si dia tidak akan mengambil masa yang amat lama untuk menerima anda dalam hidupnya. Mengikut perkiraan aku, tiga hingga empat bulan sudah cukup lama untuk si dia berfikir samada untu menerima anda atau tidak. Sedangkan masa yang diambil untuk hati seseorang itu untuk pulih daripada kesan disakiti oleh cinta terdahulu tidaklah selama mana. Paling lama pun, enam hingga tujuh bulan bergantung kepada individu. Cuba fikir balik, si dia menyuruh anda untuk menunggunya bertahun-tahun lamanya, tidak masuk akal langsung. Alasan yang biasa digunakan ialah untuk memulihkan hatinya yang terluka, ataupun si dia menggunakan alasan yang jika betul-betul menyintainya, sudah tentu kamu tidak kisah untuk menunggunya walau berapa lama sekalipun kan?

Minta maaf kerana bercakap secara terus (direct) tetapi cara si dia dengan menyuruh anda menunggu lama-lama hanyalah helah untuk si dia menolak anda. Ye lah, nak tolak secara direct pun tak sampai hati, terpaksa lah dia menggunakan cara sebegitu untuk menolak anda secara halus. Mungkin dalam tempoh masa menunggu tu, sudah cukup bagi si dia untuk mencari lelaki yang berkali-kali lebih bagus daripada anda. Siapa tahu.

Ya, untuk mendapatkan cinta yang terbaik, menunggu adalah kos yang perlu dibayar untuknya, malah, aku juga sedang dalam proses menunggu kehadiran kembali cinta daripada seseorang. Tetapi, jika sudah terlalu lama menunggu, kesabaran sesiapa pun boleh hilang. Tambahan pula si dia masih lagi tidak pasti tentang masa depan hubungan anda dan si dia. Melainkan jika sudah confirm atau sudah pasti si dia akan menerima cinta anda, maka, menunggu untuk sesuatu yang seperti itu adalah berbaloi. Jikalau sudah ditakdirkan anda tidak dapat si dia, move on lah, dah tiada gunanya lagi anda untuk terus menunggu bulan untuk jatuh ke riba. Tambahan pula, kepada anda yang masih berumur sekitar 20 hingga 25 tahun, tidak wajar sekiranya sebahagian besar usia anda digunakan untuk tujuan sebegitu, menunggu dan terus menunggu. Anda masih muda dan banyak lagi orang lain yang bakal menerima anda suatu masa nanti.

Mungkin selepas membaca post ini, anda akan membuat kesimpulan bahawa aku adalah seseorang yang tidak sabar, tidak mahu bertolak ansur dan bermacam lagi tohmahan. Tapi, sebelum anda melontarkan kata-kata sebegitu, lihat dulu diri anda, baca balik point-points aku dalam post ini dan fikir balik "Daripada menunggu sesuatu yang tidak pasti, baik aku carik lain yang boleh menghargai aku".

Its all about common sense.

Tuesday, March 2, 2010

Aku Benci Peminta Sedekah.

Aku kadang-kadang tidak memahami sikap segelintir orang miskan di negara kita ini. Bukan aku membenci golongan yang kurang bernasib baik ini, tetapi, sebahagian besar daripada mereka mempunyai satu sikap yang membuatkan aku sesekali mual dengan mereka.

Pertama sekali, mereka ini ada kemampuan, cukup sifat, cukup anggota tubuh badan, tetapi sanggup mencari jalan senang dengan meminta-minta sedekah daripada orang lain. Tidak lama dahulu, aku dan keluarga telah menziarahi kubur arwah bapa saudara ku (pak lang) yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Apa yang mengejutkan aku, di hadapan pintu masuk kawasan perkuburan tersebut, terdapat bukan seorang, bukan dua orang, tetapi lebih sepuluh orang yang duduk bersila di atas tanah menadah tangan, cawan, topi, tin susu dan segala macam benda yang boleh ditadah untuk mendapatkan duit. Sudahlah mengganggu kelancaran lalu lalang orang ramai di situ, apa yang membuatkan aku bertambah panas, kebanyakan daripada mereka adalah anak-anak muda yang cukup sifatnya. Aku kira, mereka ini semua hanya sebaya aku (sekitar 23 tahun) ataupun yang paling tua yang aku nampak pada masa itu adalah dalam lingkungan 27-28 tahun.

Aku tidak memberi apa-apa kepada mereka, sekadar memandang mereka dengan penuh meluat dan sinis. Aku bukannya apa, tetapi mereka tidak mahukah berusaha sendiri untuk mendapatkan duit? Melihatkan keadaan tubuh badan mereka yang serba sihat dan sempurna, mereka mampu untuk melakukan apa sahaja kerja, dari mekanik sehinggalah kepada mat despatch, aku tak kisah asalkan mereka ada usaha untuk mencari rezeki dengan kudrat sendiri. Sedangkan orang-orang yang kurang upaya pun mempunyai semangat untuk mencari rezeki dengan bekerja. Mereka yang meminta-minta ini tidak berasa malukah dengan orang sekeliling yang memandang mereka? Aku bertambah meluat apabila aku melihat mereka hanya bergelak ketawa sambil meminta sedekah seolah-olah perkara tersebut dilakukan secara suka-suka.

Ada juga manusia yang aku jumpa, mereka tidak meminta duit dengan cara sebegitu, tetapi mereka meminta duit daripada saudara terdekat. Mentang-mentanglah mempunyai title sebagai "saudara", "abang ipar", "adik ipar" dan sebagainya, si hamba Allah ini sanggup `pau` duit dari kaum kerabat mereka hampir setiap minggu. Malahan, tanpa segan silu, hanya meminta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Wahh, aku juga lihat mereka ini cukup sifat, cukup anggota tubuh badan, tiada kecacatan di mana-mana bahagian tubuh, sama seperti pengemis muda yang aku ceritakan di atas.

Memanglah sikap suka bersedekah itu sangat mulia, tetapi, biarlah dilakukan di tempat, masa serta kepada orang yang berhak sahaja. Allah juga melarang umatnya daripada meminta-minta tanpa usaha. Bagaimana jika orang yang memberi duit itu tidak meredhai duit itu? Mungkin orang tersebut akan memberi anda duit, tetapi, sudah pasti akan berlakunya apa yang dikatakan sebagai "cakap-cakap belakang", ungkit-mengungkit dan sebagainya. Adakah anda suka perkara sebegitu? Orang bercakap tentang keburukan anda yang suka meminta-minta di belakang anda.

Mereka ini juga tidak malukah dengan orang yang lebih tidak bernasib baik daripada mereka sanggup berusaha dengan tangan sendiri untuk mencari rezeki yang halal?Kalau aku lah, baik bunuh diri sahaja daripada hidup memalukan diri sendiri, agama dan bangsa.


Sunday, February 28, 2010

Kisah Restoran yang Sengal.

Pernahkah anda semua mengalami pengalaman yang agak menguji kesabaran ketika berada di kedai makan? Jika ya, aku ingin juga berkongsi sedikit tentang apa yang aku lalui dan apa pengajaran yang kita boleh ambil daripada peristiwa ini.

Sebentar tadi aku beserta rakan-rakan sekelas aku telah mengunjungi sebuah kedai makan ataupun warung yang terletak berdekatan dengan kolej kediaman aku. Tetapi, atas sebab-sebab yang tertentu, aku dan Izzat (salah seorang rakan aku) tiba lewat daripada rakan-rakan aku yang lain. Lalu, aku dan Izzat pun telah memesan sepinggan nasi goreng daging merah, nasi goreng biasa, teh ais dan ais kosong. Maka, kami menunggulah tibanya makanan kami sambil melihat rakan-rakan kami menjamu selera.

Tunggu punya tunggu, alih-alih sudah lebih 40 minit makanan kami tak sampai-sampai. Aku tidak lah berapa kisah sangat kerana aku tidak begitu lapar tetapi Izzat telah mula naik angin kerana penat menunggu. Maka, kami pun bersama-sama telah follow up tentang order kami kepada pelayan di situ. Selepas itu, pelayan tersebut telah ke dapur restoran tersebut dan menanyakan tentang adakah sudah siap makanan yang kami tempah. Kemudian aku terlihat tukang masaknya seolah-olah menukar giliran makanan mana yang perlu dimasak terlebih dahulu. Ikut suka dia sahaja.


Tidak lama kemudian, makanan kami pun sampai dan kami telah menjamu selera dengan jayanya. Adakah cerita aku sampai di sini sahaja? Oh tidak. Apa yang menjadi tajuk tulisan blog aku malam ini ialah kelemahan yang biasanya ada di kedai-kedai makan ataupun warung.

Pertama sekali, apa yang aku selalu lihat ialah order lambat sampai. Mungkin ada di antara anda yang ingat aku ini seorang yang tidak sabar ataupun panas baran. Tetapi, cuba anda fikir, pengurusan kedai tersebut tidak mahukah menambah bilangan pekerjanya terutamanya untuk menjadi pelayan dan tukang masak? Apa yang aku lihat tadi, bilangan pekerja yang mengambil tempahan makanan hanya seramai dua orang sedangkan bilangan pelanggan adalah jauh lebih besar daripada mereka. Jadi, sudah tentu ini akan menyulitkan para pelanggan. Sudahlah kena tunggu untuk pelayan itu datang untuk mengambil tempahan makanan mereka, selepas itu, mereka juga kena tunggu lagi untuk makanan mereka disiapkan. Bilangan tukang masak yang terdapat di kedai tersebut tidak ramai, tempahan makanan (order) pula bertimbun-timbun. Itu belum masuk jika ada di antara pelanggan-pelanggan restoran mereka menempah makanan yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Selain itu, kelemahan yang lain yang aku nampak (bukan kedai makan yang aku makan tadi lah, tetapi di tempat lain), ialah segelintir pekerja mereka sombong dan sengal. Bayangkan, aku telah order sizzling yee mee, tetapi tukang masak tersebut buatkan aku sesuatu yang lain. Jadi, aku telah cakap kepada tukang masak tersebut bahawa dia sudah salah masak. Nak tahu apa yang dia buat selepas itu? Tukang masak itu dengan muka yang kelat telah mengambil makanan tersebut, lalu dicampakkan ke dalam sinki. Sudahlah dia buat tu depan aku, dia siap tunjukkan muka masam dan tension lagi depan aku sambil memasak sizzling yee mee. Hati mana tak sakit kan, sudah lah gaji kau tu aku yang bayar jugak melalui harga makanan tu, kau pula buat aku macam ni.

Satu lagi kelemahan yang aku selalu perasan ialah mereka tidak meletakkan tanda harga untuk makanan dan minuman. Mungkin ada di antara anda yang kata "Ala, tak effect pun, biasa lah tu", tetapi, bagi aku, jika mereka tidak mempamerkan harga makanan dan minuman, mereka akan meletakkan harga dengan sesuka hati lah. Selalunya waktu yang paling mereka suka ialah waktu pelanggan meminta bil. Maka, pada masa itu, taukeh kedai akan meletakkan harga sesuka hati mereka, kadang-kadang, harga yang tidak masuk akal pun boleh jadi.

Aku cakap ini bukan ditujukan kepada semua kedai makan, restoran mahupun warung yang ada di Malaysia ini, tetapi hanya segelintir sahaja yang mempunyai masalah sebegini. Maka, aku nasihatkan kepada mereka yang terbabit itu, tutup kedai sahajalah dan jangan berniaga.

Ada satu restoran di Petaling Jaya yang dinamakan Murni SS2. Aku respect lah sistem yang diamalkan oleh pekerja-pekerja di situ. Pekerja mereka mempunyai ingatan yang amat kuat sehinggakan mereka mampu mengambil order makanan tanpa perlu mencatatkan di atas kertas. Apa yang ajaibnya, tempahan makanan sampai kepada kami tanpa ada silap sedikit pun. Satu lagi, pekerja-pekerja di situ agak peramah dan mudah untuk bertegur-sapa dengan mereka.

Itu sahaja lah apa yang aku dapat cerita hari ini, sekadar untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati ni. ~

Saturday, February 27, 2010

Hantaran Perkahwinan dan Zina ada perkaitannya.

Hari ini aku terbaca dua berita yang amat menyanyat hati. Berita pertama, kes seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati akibat didera oleh teman lelaki kepada ibu kandungnnya. Berita kedua, mayat bayi ditemui dalam keadaan mengerikan di dalam sebuah tangki air di sebuah sekolah memandu. Kedua-dua berita di atas ditayangkan sekali di Buletin Utama. Aku yang melihat berita itu merasa amat sedih dan kesal. Apalah sangat dosa bayi itu sehingga sanggup diperlakukan sebegitu?

Sebelum ini pun, negara pernah digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi yang telah rentung di dalam kawasan pembuangan sampah. Perkara sebegini pada aku hanya layak dilakukan oleh manusia yang tiada hati perut ataupun syaitan bertopengkan manusia. Sudahlah hari ini adalah hari keputeraan Nabi junjungan seluruh umat Islam di seluruh dunia iaitu Nabi Muhammad SAW. Adakah ini yang kita ingin tunjukkan di hadapan Rasullulah di hari akhirat nanti?

Kita kaji balik punca-punca yang membawa kepada permasalahan seperti ini. Pertama sekali, zina. Zina dalam erti kata lain membawa maksud bersetubuh tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Hal ini selalu kita dengar samada melalui cakap-cakap mulut ataupun melalui dada-dada akhbar. Dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali kita akan dihidangkan dengan berita tentang penangkapan pasangan-pasangan yang bukan muhrim berkhalwat di hotel, rumah, dan sebagainya. Apa yang dikesalkan lagi, kebanyakan pasangan yang melakukan perbuatan terkutuk itu adalah pasangan Melayu yang beragama Islam. Pelbagai alasan yang dikemukakan antaranya sekadar berbincang tentang hal kerja, tidak mampu untuk berkahwin atas alasan mempunyai masalah kewangan dan sebagainya.

Bercakap tentang perkahwinan yang terhalang disebabkan masalah kewangan, sudah menjadi trend di kalangan kita untuk berkahwin yang disertai hantaran yang amat tinggi. Kita lihat sahaja perkahwinan kebanyakan artis-artis tempatan yang biasanya menelan belanja sebanyak enam angka sekurang-kurangnya. Secara automatiknya, trend sebegini akan diikuti oleh peminat. Islam sendiri tidak mengajar umatnya untuk menggunakan hantaran dalam perkahwinan, cukup dengan mas kahwin sahaja. Aku tengok, kebanyakan ibu bapa pihak perempuan akan meletakkan syarat hantaran yang amat tinggi bagi membolehkan si lelaki untuk menikahinya. Selalunya kita akan dengar ayat seperti ini, "Selagi kau tak ada at least RM 20 000, jangan harap lah kau nak kahwin dengan anak aku", ataupun ayat sebegini "Kerja kau macam ni ada hati nak kahwin dengan anak aku?Lupakan sajalah". Lihat, ini sahaja halangan yang merintang kemahuan pasangan yang ingin berkahwin.

Alasan yang biasanya digunakan oleh ibu bapa dalam meletakkan harga yang tinggi ialah perkahwinan itu hanya sekali seumur hidup, maka apa salahnya jika meletakkan harga yang tinggi sekali sekala. Alasan seterusnya ialah mungkin itu satu-satunya anak perempuan yang mereka ada, maka, bagi mereka adalah wajar untuk meletakkan hantaran yang tinggi.

Aku bukanlah seorang ahli agama atau alim ulamak, tapi pada pendapat aku, kebahagiaan sesuatu perkahwinan itu dinilai kepada sejauh mana rumahtangga itu bertahan. Dalam erti kata lain, semakin lama perkahwinan itu bertahan, maka, itu lebih bagus. Anda semua selalu terbaca tentang penceraian yang melibatkan artis-artis tempatan. Aku tidak mahu menyebutkan nama artis yang terbabit kerna kebanyakan anda semua sudah sedia maklum. Artis ini suatu masa dahulu pernah mengadakan upacara perkahwinan besar-besaran. Nilai hantaran tak payah ceritalah, enam angka punya figure, siap menjadikan kereta mewah sebagai salah satu hantaran. Tup-tup, tidak sampai lebih kurang dua tahun melayari alam rumah tangga, sudah bercerai. Seperti yang aku katakan tadi, trend ini sudah menjadi ikutan muda mudi pada zaman ini. Allah sendiri telah melarang keras umatnya dalam melampaui batas jika melakukan sesuatu perkara.

Aku tidaklah mengatakan bahawa pernikahan yang menggunakan belanja yang besar ini tidak berkat. Tidak sama sekali kerna soal keberkatan itu hanyalah terletak di tangan Yang Esa. Tetapi apa yang aku nak tekankan di sini, kesan lanjutan daripada trend sebegini akan menyebabkan pasangan yang tidak mampu untuk berkahwin pun akan membuat apa sahaja untuk melempiaskan nafsu syahwat mereka.

Maka, mereka terpaksalah mengadakan hubungan terlarang memandangkan mereka tidak mampu untuk berkahwin dan tidak mampu untuk membendung nafsu syahwat mereka. Seterusnya, jika kurang bernasib baik, si perempuan akan mengandungkan anak luar nikah. Lebih teruk lagi, pasangan ini berhasrat untuk membunuh sahaja anak yang tidak berdosa ini kerana takut dengan cemuhan yang bakal diterima daripada masyarakat.

Jadi, salah siapa?Adakah ini salah pasangan tersebut?Salah ibu bapa pihak perempuan kerana meletakkan hantaran yang terlalu tinggi untuk anak mereka?Ataupun salahkan nafsu kerana mendorong untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti itu?

Fikirkan.

Thursday, February 25, 2010

Renungan Sempena Maulidur Rasul.

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari keputeraan baginda Rasullulah SAW. Semua orang sibuk menyambut dengan melaungkan selawat dan salam ke atas baginda. Tidak kurang juga yang membuat perarakan di sekitar ibu kota. Aku menyukai suasana ini kerana hal ini menunjukkan yang kita masih lagi menyanyangi baginda Rasullulah SAW sebagai pembawa rahmat untuk seluruh alam.


Tetapi, adakah itu sudah cukup bagi kita untuk menunjukkan kesayangan kita terhadap Nabi Muhammad SAW? Adakah ini sudah cukup bagi kita untuk dibuat bekalan di akhirat nanti ketika bertemu Rasullulah SAW untuk mendapatkan syafaatnya? Bagi aku, setakat melaungkan selawat, berpanas dan berarak di jalanan membawa sepanduk masih lagi belum cukup.

Waktu baginda Rasullulah SAW hendak wafat, satu sahaja perkara yang terlintas di fikiran baginda iaitu keadaan umatnya selepas kewafatan baginda. Baginda amat risau jika umatnya akan kembali ke zaman kesesatan jika baginda wafat. Jadi, baginda hanya menyebut perkataan "Umati, umati, umati" sehingga baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kita lihat keadaan 1400 tahun kemudian iaitu sekarang ini. Kes-kes seperti penzinaan, minum arak, berjudi, buang bayi, sumbang mahram dan sebagainya sudah selalu didengar dan dibaca di dada-dada akhbar, televisyen, dan radio hampir setiap hari. Apa yang sedihnya, kebanyakan yang terlibat dalam kes-kes sedemikian adalah orang Melayu yang beragama Islam. Jikalau hendak dikatakan Baginda Rasulullah tidak meninggalkan kitab untuk dijadikan petunjuk, habis Al Quran tu apa? Jika Baginda tidak meninggalkan hadis-hadis nya sebagai ikutan, tidak juga kerana banyak hadis daripada baginda yang dirakam oleh para sahabat dan perawi hadis seihngga sekarang. Jadi di manakah silapnya?

Sunnah Nabi sudah banyak yang kita tinggalkan sebenarnya. Kita ambil contoh yang paling asas seperti solat. Berapa ramai di antara kita yang solat wajibnya penuh lima waktu sehari semalam. Berapa ramai yang di antara kita yang bersolat dalam keadaan sempurna wudhuknya dan khusyuk.
Dari segi pemakanan, berapa ramai pula di antara kita yang makan dengan perlahan? Berapa ramai di antara kita yang makan dengan membaca kalimah Allah seperti Bismillah?

Sebenarnya, banyak lagi sunnah-sunnah yang pernah diamalkan oleh junjungan besar Rasullulah SAW biasanya dipandang enteng oleh kita pada zaman ini. Jika ada pun, ianya hanya digunakan bagi tujuan pemuas nafsu semata. Sebagai contoh, poligami juga pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tetapi poligami telah banyak disalahgunakan oleh kebanyakan lelaki pada zaman sekarang. Biasanya apabila si lelaki telah bosan dengan isteri pertama, beliau mulalah menggatal untuk menambah satu lagi cawangan. Hal ini akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam di dalam isteri pertama tadi dan seterusnya akan menjejaskan keharmonian rumah tangga di mana hal ini tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah. Ada juga si suami tidak berlaku adil di antara ister-isterinya. Si suami mungkin lebihkan kasih sayang terhadap isteri muda berbanding isteri-isteri lamanya sedangkan pada zaman Rasulullah tidak pernah berlau perkara sebegini. Inilah yang dimaksudkan dengan menggunakan sunnah Nabi bagi tujuan pemuas nafsu. Sebenarnya, ada banyak lagi contoh jika hendak bercakap tentang penyalahgunaan sunnah Nabi tetapi cukuplah aku ceritakan tentang contoh poligami itu.

Satu lagi, apakah tindakan kita jika ada pihak tertentu yang menghina secara terang-terangan Nabi kita?Kita sudah sedia maklum bahawa suatu ketika dahulu Denmark pernah mengeluarkan karikatur yang menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW. Pada masa itu, apakah tindakan kita?Adakah kita cuma mendiamkan diri membiarkan perkara seperti itu berleluasa?

Kesimpulannya, aku ingin bertanya sekali lagi kepada diri sendiri dan para pembaca sekalian, adakah kita betul-betul sayangkan Nabi kita?Adakah kita betul-betul mahukan syafaat Nabi kita di hari akhirat kelak?

Mungkin perbuatan seperti melaungkan selawat ke atas Nabi kita dan berarak di tengah-tengah panas menjunjung nama Nabi kita dianggap sudah cukup bagi menzahirkan kecintaan terhadap Rasulullah oleh kebanyakan daripada kita. Tetapi kita jangan lupa bahawa dengan mengerjakan sunnahnya juga merupakan simbolik untuk kecintaan kita terhadap Baginda.

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul~

Kisah Gadis Pekak Dan Bisu.

Hari ini aku baru sahaja pulang dari menikmati juadah yang berasaskan ayam di Hartz Chicken Sunway Piramid. Untuk pengetahuan anda, itu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di restoran sebegitu. Itu pun kerana rakan sekursus saya ada mempelawa untuk belanja saya dan beberapa orang rakan yang lain makan di sana. Sedang kami asyik berborak sambil menikmati juadah yang disediakan, datang seorang gadis cina yang pada hemat aku, berumur di antara 16 hingga 18 tahun. Tanpa bercakap sepatah kata pun, gadis tersebut telah menunjukkan satu kad yang tertulis beberapa ayat yang menceritakan bahawa gadis ini datang dari persatuan orang -orang pekak dan bisu yang ingin menjual beberapa barang cenderamata kononnya dibuat sendiri oleh orang-orang dari persatuan itu.

Gadis tersebut hanya menggerakkan tangan serta membuat mimik muka untuk berkomunikasi kononnya gadis tersebut adalah seorang buta dan pekak. Aku tidak melayan sangat gadis ini memandangkan aku tidak berminat untuk membeli barang-barang cenderamata yang dijual olehnya. Tetapi salah seorang rakan aku telah membelinya dengan harga sepuluh ringgit. Setelah menerima duit dan berjaya menjual cenderamatanya, aku lihat gadis tersebut membuat beberapa isyarat tanda terima kasih kepada kami lalu beredar dari situ.

Aku terus melihat gerak geri gadis tersebut yang menuju ke arah "pelanggan" seterusnya sambil membuat cara yang sama, iaitu membuat beberapa isyarat tangan untuk menjual barangannya. Aku teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh salah seorang rakan sekolahku ketika kami berjumpa untuk makan malam tidak lama dahulu. Kisahnya sama sahaja dengan apa yang aku alami sebentar tadi, dia didatangi oleh seorang perempuan yang mendakwa dirinya berada di bawah naungan persatuan orang-orang pekak dan bisu. Perempuan tersebut turut memberi isyarat untuk menjual barang yang merupakan cenderamata yang didakwanya dibuat sendiri oleh rakan-rakan yang senasib dengannya.

Kebetulan, rakan kepada rakan sekolahku ini yang turut serta minum bersama mengetahui cara untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Lalu, beliau pun turut membalas isyarat tangan oleh perempuan tadi. Beliau melihat mata perempuan tersebut terkebil-kebil dan teragak-agak untuk membalas kembali isyarat tangan yang dilakukan oleh rakan kepada rakan sekolahku tu. Tidak lama kemudian, perempuan tersbut beredar dari situ tanpa berjaya menjual barangan cenderamatanya.

Kembali kepada kisah aku sebentar tadi, aku mula merasa sangsi dengan gerak geri gadis cina tersebut yang kelihatan seolah-olah teragak-agak dalam membuat bahasa isyarat. Aku juga melihat mimik mukanya seperti menahan gelak. Masa itu, aku rasa nak "sound" saja dia "Kenapa kau tak cakap saja, aku dah tau dah yang kau ni boleh bercakap dan mendengar". Tapi, atas dasar kasihan,ataupun malas nak ambil peduli, aku membiarkan sahaja gadis itu menjalankan "aktivitinya" sehingga selesai.

Di sini aku ingin bertanya, betulkah Persatuan orang-orang cacat dan bisu membenarkan pelajar atau individu di bawah naungannya bebas menjual cenderamata di mana sahaja? Jika benar begitu, mengapa aku tidak nampak pun gadis tadi menunjukkan kad pengenalan ataupun kad pelajar yang menyatakan bahawa dia memang berada di bawah naungan persatuan itu? Dari segi pemakaian pula, aku lihat gadis tersebut hanya memakai blaus hijau serta jeans dan disertai beg sandang yang dikira terlalu santai. Mengapa dia tidak memakai tshirt yang ada tertulis logo ataupun nama persatuan yang didakwa menjadi naungannya? Lagi satu, jika benar gadis tersebut pekak dan bisu, berani pula dia menjual cenderamata seorang diri tanpa ditemani oleh seseorang yang boleh menemaninya, ataupun memimpinnya berjalan.

Semua ini bermain di kepala aku sehinggalah gadis itu menghilangkan diri dari pandangan aku.


Cinta Dan Duit

"Duit tidak akan dapat membeli cinta", "Cinta yang sejati tidak memerlukan duit". Dua ungkapan ini amat selalu diucapkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta. Kononnya bahawa cinta yang sejati itu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Aku bukanlah seorang yang berjiwa materialistik mahupun sentimental, tetapi apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah peranan yang dimainkan oleh duit dalam percintaan.

Jika kita menonton filem Kasim Selamat yang mengisahkan tentang percintaan di antara dua darjat (pemuzik dan anak hartawan) terhalang disebabkan perbezaan status. Watak Nyonya Mansoor yang amat membenci Kasim Selamat kerana statusnya sebagai pemuzik yang dianggap hina dan miskin serta tidak mampu untuk membahagiakan anak perempuannya, Sabariah Mansoor. Walaupun Nyonya Mansoor telah memilih seorang doktor untuk dijadikan suami bagi Sabariah, namun disebabkan cinta yang utuh di antara Sabariah dan Kassim Selamat, kedua-duanya berkeras untuk bersama lalu dikahwinkan oleh Nyonya Mansoor. Apa yang menariknya, selepas beberapa bulan berkahwin, duit yang dibekalkan oleh nyonya mansoor kepada pasangan itu susut sedikit demi sedikit sehingga habis. Maka, situasi ini menyebabkan Sabariah kembali ke pangkuan ibunya.

Dari kisah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa duit juga memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah perhubungan terutamanya hubungan cinta. Jika kita lihat zaman sekarang, kebanyakan pasangan sanggup berkahwin walaupun status kewangan (biasanya si suami) tidak begitu kukuh. Biasanya alasan yang amat biasa digunakan ialah "Lebih baik mempercepatkan benda yang elok", "Jodoh sudah sampai" dan sebagainya. Mereka tidak tahu kah bahawa kesan jangka panjang akibat kewangan yang tidak kukuh akan menyebabkan "cinta" yang mereka agung-agungkan selama ini sedikit sebanyak akan berkurang lantaran si suami tidak mampu untuk menyediakan kehidupan yang selesa untuk si isteri.

Duit sewa rumah, kereta, duit makan, keperluan, serta makan pakai untuk anak adalah perkara yang perlu diberikan pertimbangan yang serius. Jika sewa rumah sudah lima bulan tertangguh, kereta kena tarik disebabkan lewat membayar ansurannya, makan makanan segera setiap hari serta keperluan untuk diri sendiri dan anak-anak sudah tidak terjaga lagi, adakah anda ingat cinta yang telah disemai sejak sekian lama akan bertahan?Tepuk dada tanyalah iman. Itu belum masuk lagi jika pasangan tersebut dikurniakan anak yang ramai, tentu lagi parah.

Aku bukanlah nak cakap duit itu segalanya, tetapi ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi kebahagiaan rumahtangga ataupun cinta bagi yang belum berkahwin.

Jika anda (lelaki) amat menyintai pasangan anda, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyediakan kehidupan yang selesa untuk si dia. Saya percaya, kaum wanita juga akan mengharapkan satu kehidupan yang selesa (saya tidak cakap kehidupan mewah, tetapi sederhana dan selesa) apabila dia menjalinkan hubungan cinta ataupun berkahwin dengan anda. Tambahan pula jika pasangan anda itu adalah anak orang kaya, anak bangsawan mahupun kerabat diraja. Sudah tentu anda sebagai lelaki perlu berusaha lebih keras untuk memberi keselesaan kepadanya. Takkan selepas kahwin pun anda perlu mengharapkan bantuan kewangan daripada kedua orang tua anda juga. Mereka mungkin akan tolong anda, tetapi sampai bila mahu begitu?Mereka juga mempunyai perancangan tersendiri untuk hari tua mereka. Jika duit EPF, duit pencen mereka anda sudah kebas untuk keperluan rumahtangga anda, apalah yang tinggal untuk mereka. Tidak terfikirkah anda begitu?

Jadi saya sarankan kepada kaum lelaki yang ingin bercinta ataupun sedang bercinta, habiskan dulu belajar (bagi yang sedang belajar lah), dapatkan segulung ijazah, dan dapatkan kerja yang mempunyai gaji yang tetap supaya ini akan memudahkan anda untuk menyara si dia selepas bercinta atau berkahwin nanti. Soal cinta ketepikan dahulu. Jika si dia amat menyintai anda, sudah semestinya beliau sanggup menunggu anda habis belajar walau berapa lama sekalipun, betul tak? Percintaan akan menjadi lebih manis jika anda mendapat pekerjaan yang baik seperti jurutera, doktor, peguam, usahawan dan sebagainya. Aku bukan bermaksud pekerjaan seperti peniaga kecil-kecilan, pengutip sampah mahupun tukang kebun tidak layak untuk bercinta atau berkahwin kerna kecilnya gaji yang mereka perolehi, tetapi sebarang pekerjaan yang cukup untuk memberi keselesaan dan memenuhi keprluan asas adalah bagus. Aku cakap sekali lagi yang tidak semestinya kehidupan yang serba mewah perlu dicari tetapi cukuplah kehidupan yang sederhana tetapi selesa.

Ambil iktibar dari kisah Ibu Mertuaku dan jangan biarkan diri anda sebagai lelaki dianggap sebagai "perabis beras" oleh keluarga, baik dari keluarga anda sendiri mahupun keluarga mentua. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday, February 24, 2010

True Fan yang sengal.

Hari ini, hati aku sedikit panas apabila ada seorang hamba Allah ni mengatakan aku bukan peminat sebenar bola sepak. Sebab dia mengatakan begitu hanya kerana aku tersilap menyatakan tarikh perlawanan di antara Chelsea dan Inter Milan dalam Liga Kejuaraan Eropah (ECC). Oh lupa, aku ni peminat setia Chelsea.

Aku nak tanya anda semua, apakah maksud "true fan" bola sepak seperti yang diuar-uarkan oleh si hamba Allah ni?Adakah "true fan" ini bermaksud yang kamu sanggup memakai jersi kelab sokongan kamu setiap hari sehinggakan terlupa untuk membasuhnya? atau pun ianya bermaksud kamu sanggup bersengkang mata pada awal pagi hanya semata-mata untuk melihat perlawanan di antara kelab kesayangan kamu dengan kelab "rival"?

Bagi aku, memang dua maksud di atas merupakan syarat asas untuk menjadi fan ataupun peminat setia sesebuah kelab. Tetapi, ada sesuatu yang lebih daripada itu yang perlu dilakukan bagi menjadi peminat setia sesebuah kelab bola sepak. Sifat utama seseorang peminat sejati bola sepak ialah dia tahu segalanya tentang kelab yang dia sokong ataupun liga yang dia ikut. Ambil contoh kelab yang terkemuka setakat ini, Manchester United(MU). Aku tak nafikan bahawa kelab ini mempunyai peminat yang bukan kecil jumlahnya di seluruh dunia, tetapi, daripada jutaan peminat yang meminati kelab ini, berapa ramai yang tahu bila kelab MU ini ditubuhkan?Siapa yang menjadi "founder" kelab ini?Apakah piala pertama yang dimenangi MU selepas penubuhannya? Dan berapa banyakkah jumlah piala yang telah dimenanginya setakat ini? Itu belum masuk maklumat asas sesebuah kelab seperti siapa "chairman" kelab ini, siapa staf-staf yang bekerja untuk kelab ini dan sebagainya.

Ada juga orang yang mengaku bahawa dia peminat setia sesebuah kelab, tetapi bila ditanya tentang starting eleven, terkial-kial dia hendak menjawabnya. Ada juga yang bangga apabila dia mengetahui dengan mendalam siapa penyerang, pemain tengah, siapa pemain pertahanan dan siapa penjaga gol sesebuah kelab atau pasukan, tetapi apabila ditanya tentang posisi lain yang boleh dimainkan oleh seseorang pemain itu, dia buat muka 10 sen tanda tak tahu.

Aku ada seorang rakan yang dikenali semasa zaman sekolah. Beliau sangat obses dengan MU. Sehinggakan bukan sahaja nama pemain utama yang dia tahu, malah nama pemain simpanan, pemain remaja, jurulatih, penolong jurlatih serta nama staf yang bekerja juga dia tahu. Beliau juga sanggup berhabis duit untuk datang ke stadium bagi memberi sokongan terhadap MU. Ini lah baru boleh dipanggil true fan. Bukannya orang yang tahu bercakap tentang tahap "true fannlity" orang lain tapi diri sendiri pun amat rendah tahapnya.

Aku tak hairan sangat dengan kutukan yang diberi oleh hamba Allah ni kerana dia sendiri tiada life, dan dia pelajar jurusan perubatan. Seperti yang sedia maklum, pelajar yang mengambil jurusan ini hidupnya hanya berkisar tentang pesakit, dan hospital semata-mata, itu pun ada hati nak kritik aku tentang menjadi true fan bola sepak. Kononnya minat MU, minat kalau setakat tayang jersi setiap hari apa barang beb. Kalau aku tanya dia tentang siapa yang pernah bermain untuk MU sejak dari zaman penubuhannya, siapa yang menjadi legenda MU selain David Beckham, Eric Cantona dan sebagainya, aku berani kata lah yang dia takkan dapat jawab punya.

Ini nak jadi "true fan" football? Look Who is talking muppet.


Tuesday, February 23, 2010

Peluang Kedua.

Selalunya peluang kedua sangat-sangat susah atau dalam erti kata lain, hampir mustahil untuk didapati. Ye, aku faham hati seorang perempuan yang telah disakiti dahulu. Mereka biasanya tidak akan menerima kembali lelaki yang pernah sakitkan hati mereka. Jikalau mereka ingin menerima kembali pun, pasti akan memakan masa yang amat lama untuk tujuan itu. Tapi, adakah anda pernah terfikir bahawa seseorang lelaki apabila mereka telah mendapat peluang kedua, 99% dari mereka tidak akan mensia-siakan peluang tersebut.

Aku bukan hendak tunjuk hebat tapi aku berani katakan bahawa semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua. Aku juga tidak akan salahkan mereka sekiranya mereka tidak memberi peluang kedua kepada aku untuk menebus kesalahan.

Sebagai manusia biasa, kita selalunya membuat kesilapan. Tidak terkecuali dalam percintaan, baik si lelaki mahupun si perempuan, dua-dua akan melakukan kesilapan. Semua dah sedia maklum kesalahan seperti bermain kayu tiga, meninggalkan pasangan tanpa sebab yang munasabah, malah mencuri pakaian dalam pasangan masing-masing juga dianggap sebagai kesalahan yang terbesar dalam dunia percintaan. Jadi, aku tidak hairan jika selepas melakukan kesilapan yang disebut tadi, tiada ayat lain kecuali "Tiada maaf bagimu".

Tetapi apakah yang akan terjadi jika anda menyesal dan ingin kembali ke pangkuan pasangan anda? Pelbagai pendapat yang aku dengar antaranya :

  • Pendapat paling solid dan ekstrem - Si dia tidak akan menerima semula anda atas alasan serik, takut etc etc.
  • Pendapat kedua - Masih ada peluang tapi memakan masa yang lama untuk terima balik.
  • Pendapat ketiga - Si dia akan menerima anda tetapi keadaan tidak akan sama seperti dahulu.
Ada pendapat terakhir yang aku dengar. Jika nak memenangi semula hatinya, kita perlu membuat sesuatu yang menunjukkan kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kembali.

Bagi aku, semua pendapat di atas tu benar. Tetapi, mereka tidak terfikirkah yang jika diberikan peluang kedua, seseorang itu tidak akan melepaskannya dan selalunya akan lebih menghargai pasangannya itu. Kita belajar melalui kesilapan. Bak kata orang putih, "No pain, No Gain". Dan biasanya sesuatu perhubungan itu akan menjadi lebih kukuh selepas peluang kedua diberikan.

Jangan terburu-buru membuat keputusan. Aku akan bagi masa yang terlebih cukup dan ruang yang terlebih besar untuk kamu menimbang samada untuk memberi peluang kedua kepada aku atau tidak. Dan ingatlah bahawa aku tidak pernah memaksa kamu dalam apa jua keadaan.


Cinta Pertama.

Semua orang amat menyukai waktu hujan. Tambahan pula pada musim panas begini. Aku tengok kawan-kawan aku dalam Facebook kebanyakannya mengeluarkan status yang menyatakan betapa bersyukurnya mereka ketika hujan turun. Ketika aku menaip blog pertama aku ini, hujan turun dengan lebat di luar disertai kilat sabung menyabung. Seperti anda, aku juga amat menyukai waktu ini kerna bagi aku, cuaca sebegini bisa membuatkan hati merasa damai dan tenang.

Apa yang aku hendak ceritakan di sini bukan berkaitan dengan seronoknya tidur dalam waktu hujan begini, dan bukan juga tentang keseronokan melayan kopi panas ketika hujan. Tetapi aku ingin berkongsi sedikit cerita di sebalik waktu hujan ini dan mengapa aku amat menyukai waktu ini.

Pada tahun 2004, waktu itu aku sedang belajar di dalam tingkatan lima di sebuah sekolah yang terkemuka di Kuala Lumpur. Ketika itu, aku menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah. Maka, adalah menjadi tradisi tahunan setiap sekolah-sekolah di Kuala Lumpur untuk mengadakan "gathering" untuk pengawas-pengawas. Pada 29 Mei tahun 2004, aku dan beberapa rakan pengawas aku seperti Muhd Shazni, dan Hamirullah Hussin telah mewakili sekolah untuk menghadiri acara "gathering" di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Lokman. Itu adalah kali pertama aku menghadiri acara sebegitu.

Dipendekkan cerita, aku telah bertemu dan berkenalan dengan salah seorang pengawas di sana iaitu Fatima Soliha dari Convent Sentul. Apa yang menariknya, cara kami berkenalan sangat kelakar. Aku buat-buat jatuhkan pen aku di hadapan dia, jadi dia pun tolong ambilkan pen aku. Pada masa itu lah aku terus mengambil peluang untuk berkenalan dengan beliau. Sehinggalah tamat majlis "gathering", kami berdua berjalan sambil berkenalan di sekitar sekolah.

Sejak itu, kami sering berbalas SMS dan akhirnya pada satu hari, aku berhasrat ingin mengambilnya sebagai teman wanita. Oh, lupa pula aku nak cerita yang Fatima ini adalah cinta pertama aku. Waktu kami berkenalan dalam majlis "gathering" itu pun, ketika itu hujan renyai-renyai. Sebab itu lah sampai sekarang, jika hujan, mood aku sangat baik kerna hati aku sedikit berbunga mengingati peristiwa aku berkenalan dengan cinta pertama.

Pada bulan Julai 2004, aku telah bercouple dengan Fatima. Tetapi hubungan kami tidak lama atas sebab-sebab tertentu. Kami clash pada Disember tahun yang sama juga. Sungguhpun begitu, aku tetap mengagggap dia cinta pertama ku dan biasanya cinta pertama itulah amat susah untuk dilupakan. Kini, Fatima telah melanjutkan pelajaran di Universiti yang sama dengan aku iaitu Universiti Malaya dalam bidang perakaunan.

Adakah cinta lama akan kembali berputik..?