Friday, March 5, 2010

Pointer VS Soft Skills.

Selalunya kalau dalam istilah "cemerlang", elemen yang amat-amat penting biasanya dijadikan kayu pengukur ialah pointer atau dalam bahasa kebanyakannya keputusan peperiksaan. Kalau anda itu seorang mahasiswa universiti, pelajar sekolah yang sedang mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), politeknik dan sebagainya sudah tentu mengetahui bahawa kesemua keputusan peperiksaan setiap semester akan dikira dalam bentuk gred atau pointer. Pointer yang paling tinggi adalah 4 manakala yang paling rendah adalah 0.

Yang sebenarnya, ada satu lagi elemen yang patut diberi pertimbangan yang tidak kurang beratnya dalam menilai kecemerlangan seseorang pelajar itu iaitu "kebolehan mereka bercakap".
Apa maksud kebolehan untuk bercakap ini? Maksud dia ialah kebolehan anda untuk berkomunikasi, berinteraksi ataupun berhadapan dengan orang di sekeliling anda.

Jangan terkejut kerana tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan sebegini. Selain ahli politik, pelajar yang pernah menyertai majlis perwakilan pelajar ataupun ketua kelas, tidak ramai pelajar yang ada kebolehan sebegini. Aku ada post status sebegini di ruangan Facebook ku, tetapi respon yang aku dapat daripada kawan-kawan aku semuanya negatif. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa kalau pointer 2.0 pun kalau cakap English fluent seperti matsalleh pun tak guna juga. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa pointer 4flat itu adalah sesuatu yang dibanggakan daripada tiada apa-apa.

Ya, bagi aku memang pointer yang tinggi itu sangat perlu terutamanya untuk mencari kerja dalam pelbagai bidang yang diingini. Tetapi sedarkah anda bahawa soft skills juga memainkan peranan yang amat penting bagi tujuan itu. Malah, ada segelintir syarikat yang hanya menetapkan syarat "Lancar bercakap dalam bahasa Inggeris" sebagai kriteria minimum tanpa menyatakan "Minimum CGPA mesti sekurang-kurangnya 3". Kenapa aku keluarkan kenyataan sebegini? Kita semua tahu, jika kita menceburi bidang pekerjaan, terutamanya pekerjaan yang memerlukan kita berjumpa atau berurusan dengan pelanggan seperti doktor, usahawan, jurutera dan peguam, sudah tentu skil komunikasi kita akan dipraktikkan sepenuhnya. Kadang-kadang, cara kita menyelesaikan sesuatu masalah, cara kita "convince" pelanggan untuk mempercayai kita dan sebagainya juga mempengaruhi tahap kecemerlangan kita.

Ada juga beberapa orang yang aku pernah jumpa, dari segi pointer, aku memang kalah la dengan dia, maklumlah, setiap semester "dean`s list" sahaja, tetapi dari segi cara mereka berkomunikasi, amatlah teruk. Malah, jikalau melihat cara mereka bercakap dengan kita, rasa macam nak bagi penampar sahaja kerna bahasa yang digunakan dalam percakapan itu kurang sesuai. Aku pun terfikir, "pointer mantap, tapi macam mana dia nak kerja nanti, time interview nanti konfem sangkut".

Aku tidaklah hebat sangat dalam soft skills ini. Tetapi, ada juga pujian yang aku dapat daripada rakan sekuliahku setiapkali selepas ku membuat pembentangan (presentation). Mereka mengatakan bahawa English ku sangat lancar dan fluent. Malah, disebabkan itu juga, aku pernah ditawarkan untuk belajar di Universiti Teknologi Petronas dalam bidang kejuruteraan Kimia selepas tamat sekolah menengah. Selain itu, aku juga pernah ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidan perubatan tajaan MARA di Indonesia, tetapi aku terpaksa tolak kerana aku tidak meminati bidang tersebut. Jika difikirkan kembali, keputusan SPM aku ketika sekolah dan pointer aku ketika matrikulasi dahulu hanyala 6A dan 3.45 setiap satu. Ramai lagi rakan-rakan aku yang memperoleh keputusan yang berkali ganda lagi bagus daripada aku, tetapi amat sedikit daripada mereka yang bernasib baik seperti aku. Ada yang menyambung pengajian di universiti swasta yang aku sendiri tidak pernah dengar nama kolej itu sebelum ini.

Begitu juga ketika hendak mencari kerja, soft skills itu amat penting kerana biasanya itulah benda yang pertama sekali dilihat oleh para penemuramah yang ingin mengambil kita bekerja. Malah, soft skills juga penting untuk kita memohon biasiswa bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinnggi.

Score - Soft skills 1 - Pointer 0 XD

4 comments:

  1. Aku stuju, soft skills boleh menjadi lagi penting dari pointer. Bagi aku, pointer tu hanyalah cara utk company menapis applicant yg terlalu ramai utk satu position. Soft skills penting sebab kite bekerja bukanny sorg2. Mostly kerja engineer (atau ape2 pkerjaan yg technical) mesti dlm kumpulan. Mane ade project yg bole setel sorg2. Kalau xreti berkomunikasi, xbergunela ssorg tu pd company. Huhu. Thomas (bukan name sebenar) pon xpnah mintak pointer aku cha = p

    ReplyDelete
  2. hehe.. btol2.. klo aku nak amek staff, pointer aku tak heran sgt pun, ko bley wat keje, ko ade personaliti yang bagus, ko bley kerja dlm kumpulan, oraittt.. 2.5k aku bgk,, hahahahha

    ReplyDelete
  3. thanx hazril,walaupn ak xde soft skill or pointer yg gempak2,tp artikel ko nie sedikit sebnyk naikkn semagat hidup ak..hehe.tq

    ReplyDelete
  4. soft skill tuh penting.. tapik takde la penting manepun.. begantung gak kepada sejauh mane ko bley bekerja.. dunia pekerjaan jauh beza ngan dunia belaja.. soft skill ni bgk aku bley develop taim kerja.. maybe dlm sebulan dua tuh masih kayu lgk.. tapik dua tiga bulan da ok da kot.. tapik yang tang wat kerja ni problem sket.. klo da kayu tuh kayu gak la kan.. hehehe

    ReplyDelete