Wednesday, February 24, 2010

True Fan yang sengal.

Hari ini, hati aku sedikit panas apabila ada seorang hamba Allah ni mengatakan aku bukan peminat sebenar bola sepak. Sebab dia mengatakan begitu hanya kerana aku tersilap menyatakan tarikh perlawanan di antara Chelsea dan Inter Milan dalam Liga Kejuaraan Eropah (ECC). Oh lupa, aku ni peminat setia Chelsea.

Aku nak tanya anda semua, apakah maksud "true fan" bola sepak seperti yang diuar-uarkan oleh si hamba Allah ni?Adakah "true fan" ini bermaksud yang kamu sanggup memakai jersi kelab sokongan kamu setiap hari sehinggakan terlupa untuk membasuhnya? atau pun ianya bermaksud kamu sanggup bersengkang mata pada awal pagi hanya semata-mata untuk melihat perlawanan di antara kelab kesayangan kamu dengan kelab "rival"?

Bagi aku, memang dua maksud di atas merupakan syarat asas untuk menjadi fan ataupun peminat setia sesebuah kelab. Tetapi, ada sesuatu yang lebih daripada itu yang perlu dilakukan bagi menjadi peminat setia sesebuah kelab bola sepak. Sifat utama seseorang peminat sejati bola sepak ialah dia tahu segalanya tentang kelab yang dia sokong ataupun liga yang dia ikut. Ambil contoh kelab yang terkemuka setakat ini, Manchester United(MU). Aku tak nafikan bahawa kelab ini mempunyai peminat yang bukan kecil jumlahnya di seluruh dunia, tetapi, daripada jutaan peminat yang meminati kelab ini, berapa ramai yang tahu bila kelab MU ini ditubuhkan?Siapa yang menjadi "founder" kelab ini?Apakah piala pertama yang dimenangi MU selepas penubuhannya? Dan berapa banyakkah jumlah piala yang telah dimenanginya setakat ini? Itu belum masuk maklumat asas sesebuah kelab seperti siapa "chairman" kelab ini, siapa staf-staf yang bekerja untuk kelab ini dan sebagainya.

Ada juga orang yang mengaku bahawa dia peminat setia sesebuah kelab, tetapi bila ditanya tentang starting eleven, terkial-kial dia hendak menjawabnya. Ada juga yang bangga apabila dia mengetahui dengan mendalam siapa penyerang, pemain tengah, siapa pemain pertahanan dan siapa penjaga gol sesebuah kelab atau pasukan, tetapi apabila ditanya tentang posisi lain yang boleh dimainkan oleh seseorang pemain itu, dia buat muka 10 sen tanda tak tahu.

Aku ada seorang rakan yang dikenali semasa zaman sekolah. Beliau sangat obses dengan MU. Sehinggakan bukan sahaja nama pemain utama yang dia tahu, malah nama pemain simpanan, pemain remaja, jurulatih, penolong jurlatih serta nama staf yang bekerja juga dia tahu. Beliau juga sanggup berhabis duit untuk datang ke stadium bagi memberi sokongan terhadap MU. Ini lah baru boleh dipanggil true fan. Bukannya orang yang tahu bercakap tentang tahap "true fannlity" orang lain tapi diri sendiri pun amat rendah tahapnya.

Aku tak hairan sangat dengan kutukan yang diberi oleh hamba Allah ni kerana dia sendiri tiada life, dan dia pelajar jurusan perubatan. Seperti yang sedia maklum, pelajar yang mengambil jurusan ini hidupnya hanya berkisar tentang pesakit, dan hospital semata-mata, itu pun ada hati nak kritik aku tentang menjadi true fan bola sepak. Kononnya minat MU, minat kalau setakat tayang jersi setiap hari apa barang beb. Kalau aku tanya dia tentang siapa yang pernah bermain untuk MU sejak dari zaman penubuhannya, siapa yang menjadi legenda MU selain David Beckham, Eric Cantona dan sebagainya, aku berani kata lah yang dia takkan dapat jawab punya.

Ini nak jadi "true fan" football? Look Who is talking muppet.


2 comments:

  1. ko ni ade life sgt ke? men bola besepah, main dota noob, emo lak tu, bilik mak nak kne datang bersihkan cam budak x baligh, bajet ramai admirer. drpd ko hafal mende2 x gune tu baik ko sendri turun petang maen bola, xdela perut ko tu nak tejojol sangat.

    ReplyDelete
  2. kesian aku baca komen mamat/minah kat atas ni, emo siot budak nih.bg komen membina la bai.apa2 ayil ko mmg master utk apa yg ko minat.all the best bro!aku sokong kedah ja,nnt kedah lawan arsenal aku layan. ^^

    ReplyDelete